26 Sept 2013

sarkastik oleh si ayah


me : ayah, ikan kelisa makan apa? (muka serius jujur tak tahu ikan makan apa)

daddy : erm.. dia makan mekdi, kepci.. haa, tak pun chicken rice shop (muka serius giler seolah-olah itulah jawapan yang sebenar-benarnya)

me : (ada juga yang kena baling dengan bantal.. serius!)

macam manalah aku tak rasa diri aku ni awet muda. bapak aku pun layan aku macam budak umur 10 tahun. ayah, toksah didik anak ayah ni jadi perasan muda. boleh tak???????

p/s : aku rasa bapak aku tengah sarkastik dengan aku. malas nak layan aku ler tuhhh.. tahu dahh...

25 Sept 2013

freshieeee

sudah dua bulan aku menganggur. hari-hari mengadap ladtop, ladtop pun ngadap aku. hari-hari tengok tv, tv pun tengok aku. ingin aku katakan jujur dari hati bahawa aku jemu. aku cuba juga cari kerja kat jobstreet. ala kerja biasa je. setakat nak cari pengalaman. 

akhirnya dapat juga satu interview semalam dari syarikat agensi pekerjaan. scope kerja yang aku minta basically kerjanya more pada kerja menaip. aku sengaja minta kerja senang macam ni untuk cari pengalaman. lagi satu, aku memang suka menaip. apa ke pelik bonar lah budak has ni haaa..  pasal gaji, aku tak pikir sangat. lantak lah kalau nak bagi gaji rendah pun. aku bukannya ada anak suami nak ditanggung. 

bila pergi interview, berkobar gila. berharap dapat lah kerja ni. lagipun dia kata freshie boleh mohon kerja menaip ni. aku rasa memang aku dah 100% layak kalau ikut requirement tu. sekali, interviewer tu kata kat aku yang aku patut minta kerja lain sebab aku FRESHIE. dia suruh aku try telemarketing yang tak perlukan pengalaman. aku nak marah pun ada. yang kau pergi bubuh FRESH GRADUATE ARE ENCOURAGED TO APPLY kat jobstreet tu apa hal kalau at the end kau suruh aku minta kerja lain. haaaaaa.. ada juga yang makan kasut wedges aku yang sodap macam cheesy wedges tu. 

* aku ingat nak apply kerja basic dulu untuk cari pengalaman sebelum aku apply kerja yang betul-betul match dengan bidang dan educational level yang aku ada.




22 Sept 2013

kucing otai

assalamualaikum makwe cun & pakwe kacak..

aku nak cerita yang aku ada bela seekor kucing. boleh tahan comel lah. bela secara tak sengaja sebab pernah belai dia. sekali je pun. tapi pastu terus jadi penghuni tetap umah gua. tak pasal-pasal ada 'adik bongsu'. katil gua pun jadi katil dia. dasar lu. tapi kire okay jugak la. dulu aku tidur sorang-sorang. sekarang dah berteman. taklah sunyi malam-malam. eh~~

kucing aku ni otai giler. tak tahu ikut perangai sape. aku tak pernah ajar dia jadi gitu. aku try usha tengok bontot dia, memang konpem 100% betina. tapi perangai, tak ladies langsung. nama manje dia gegel. saja mak aku bagi nama gedik dengan harapan dia akan jadi ladies. rupenye, perangai gegel bertukar jadi boboi. ciskek~ 

kucing gua ni bipolar. kalau nak kata split personality pun boleh. jangan lah kacau dia time dia tidur. bad temper seyh! kaki tangan aku calar balar ar wrestling ngan budak kecik tu. kalau tak ada orang nak kat aku sebab calar-calar tu, lu jaga gegel! gua calarkan muka lu.. huh! 


gegel : meoww meoww.. grrr meoww
translate : blah.. blah.. ni tempat aku..
(gara-gara dia, aku tak berani nak kemas tempat tu.. lantak hang la)


gegel : meowwwwwww grrrrrr..
translate : ko pehal????????
(masa ni aku kacau dia tidur bhahahaahha kejam~)


hanya apabila dia dalam keadaan macam ni je aku berani nak sentuh belai-belai dia..
tidur mati budak ni. macam aku. haha! 
tapi gegel, bughokkk ar cara kau tidur. 
patutlah tak ada jantan nak kat kau. 

 

sleeping maniac Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting