malam pertama
ketika aku sedang lena tido ala2 sleeping beauty gitu (walaupun aku tak cantik) di atas katil yang empuk, secara tibe2 aku tersedar dari tido secara mengejut.. terbantut aku nyer mimpi.. adoi.. bapak kuat bunyi enjin kete tu sampai aku yang tido mati nih pun leh terjaga.. plus ngan bunyi siren kete polis lagi menjadi penambah perisa.. giler ar dorang nih.. nak kasi satu kampung bangun ke bro??? mencabar kesabaran seyh.. sempat la aku maki hamun selama sesaat (sesaat je ok!!).. kemudian, aku tertido semula.. (kejap je da bole tido)..
malam kedua
masih lagi tertido ngan stail ala2 sleeping beauty yang sednag menunggu puteranya, dan masih lagi di atas katil yang sama.. masih lagi mendengar bunyi bising yang sama..cis, memang nak kena la.. baru nak mengamuk, tibe2 aku terdengar bunyi dentuman yang kuat.. tapi aku tak tahulah bunyi pe.. aku persetankan itu sume, and sambung tido semula..(memang tido mati).. patotla mak aku risokan aku.. kalo ada kebakaran pun, konpem aku wat tak tau je.. mati hangus la gua...
selepas solat subuh, aku terdengar bunyi yang agak bising kat kawasan kejiranan aku.. (well, kawasan kejiranan aku memang kepoci sikit).. baru aku tau yang bunyi dentuman aku dengar tuh sebenarnya bunyi kereta accident. terbalik seyh.. tayar kat atas.. rupe2 nya yang men kejar2 malam2 nih ialah polis and perompak.. polis tuh sedang cuba hendak menangkap perompak.. tapi tak dapat2.. bila da accident nih pun still tak dapat tangkap lagi.. giler liat nyawa perompak nih.. da accident ngan begitu teruk pun leh sihat walafiat lgi nak lari.. papepun, polis da wat keje yang terbaek!!!
polis, pulangkan waktu tido ku!!!.. uhuk..
No comments:
Post a Comment