29 Apr 2013

bila dia kata....

bila dia kata...
aku ok je..
maknanya..
aku tak ok tapi malas nak explain panjang-panjang *dasar pemalas!

bila dia kata
aku tak marah ko la..
maknanya
aku memang marah ko.. tapi tu tadi sebab sekarang hangen aku dah berlalu pergi

bila dia kata
malas aku nak pedulikan dia.... 
maknanya
dia terlalu peduli sampai termimpi-mimpi.. (tapi disebabkan dia jenis tak pandai nak pujuk orang, dia end up menderita sendiri.. budus punya olang!)

dan bila orang kata
dia ni takde perasaan pun.. ko cakap la apa-apa.. dia ok je..
tapi sebenarnya.......
biarlah si dia sahaja yang tahu wakakaka.. *dem yu!

ini budak banyak komplikated.. kejadah ayat ko macam cina belajar cakap melayu ni? hampeh! perempuan memang suka sangat jadi komplikated ni.. hobi eh????? tetttttt...

p/s : aku tak tahu lah kenapa komplikated sangat perempuan ni.. kalau tak suka, cakaplah tak suka.. kalau marah, cakaplah marah.. apeee daaaaaaa...

2 comments:

 

sleeping maniac Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting