2 Aug 2013

ini je yang mampu

sejak tamat pengajian, aku mula memegang gelaran "penganggur berdaulat". ayah pulak rasa lega sebab seorang anak dia dah habis belajar. tak payah nak tanggung serba-serbi (cuma kena tanggung makan minum sebelum dapat kerja ni). 

tup tup pula, adik aku yang no 2 dapat sambung pengajian bulan 9 ni kat USM. botak balik kepala bapak. baru lepas sorang, tambah pula sorang lagi. anak-anak ayah kan bijak. kata adik "ayah, yuran orang RM1698.60".. bertambah pening kepala bapak. sebagai anak yang agak 'baik', takkan nak biarkan bapak pening sorang-sorang kan.

jadi aku pun decide nak tolong dia. "ayah, RM1698 tu ayah bayar. yang RM0.60 orang tolong bayar. tu je yang orang mampu sekarang" kata aku. bengang je muka bapak aku. marah agaknya. mungkin tak nak menyusahkan anak dia. faham. tapi, anak ayah ni sekadar hendak menolong. itu saja.



***hahahahahaha!! padahal bengang sebab aku mainkan dia. hek eleh setakat 60 sen budak tadika boleh bagi...

gurau kasar ayah versi #2 :

"long (iaitu aku), ayah dah tepon orang kat cameron highland suruh hantar bunga berlori-lori masa ko konvo nanti HAHAHAHAHA!".. hampeh. perli seyh! nampaknya selama 7 keturunan lah dia ungkit pasal bunga. 

5 comments:

  1. ok, aku tolong ak la... aku bayar 50 sen... ko bayar seposen je boleh...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. lawak! apsal ko dh grad ?? jeles weh..aku xgrad lggggiii..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah nk grad? tahniah.. dan smoga cpat dpat kerja..

    ReplyDelete
  4. nak tlg byr 0.60 je..pun boley..haha~

    ReplyDelete

 

sleeping maniac Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting