22 Mar 2011

tembikai + susu

aku dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa aku sudah berjumpa dengan seorang manusia yang saaaangaaaatttt lurus bendul. nak tau kenapa dia lurus bendul?? meh aku citer kan..

     satu hari, aku kelaparan. perut aku da menyanyikan lagu rock zaman 90-an.. bising betul.. aku da la suka lagu korea. kawan-kawan aku ajaklah aku pergi makan kat satu kedai ni. dia jual makanan mat saleh. nasi-nasik berlauk ni jangan beranganla nak jumpa kat kedai tu. walaupun lidah aku ni, lidah melayu pure, tapi takpelah. da orang ajak. aku join jek.. selalunya aku memang suka order chicken chop.. tapi hari tu, aku teringin nak rasa nasi morocco.. (kalo tak silap la).. air pula, aku mintak jus tembikai susu.. nih memang feveret aku sejak azali..
     beberapa minit kemudian, air yang diorder pun sampai.. dan2 tekak aku ni tengah musim kemarau.. dahaga..aku pelik la yang teramat sangat. nape air aku warna pink??? aku da la anti warna pink. aku rasa tembikai susu warna kuning tak pun hijau muda. hmmm... dengan menggunakan otak aku yang tak berapa geliga ni, aku da dapat tau kenapa air aku warna pink. sebabnya dia bagi aku air jus tembikai + susu=jus tembikai susu.. memang la warna pink..
     kawan-kawan aku da siap bantai gelakkan aku. aku order benda laen, benda laen dia bagi. aku nak jus tembikai susu = honeydew juice.. bukan jus tembikai yang dicampurkan dengan susu. pena dengar ke orang order air cam tu???
     pelayan-pelayan kat kedai tu pun da gelakkan aku. nasib baik aku masih ada sikap keayuan (ceh wah).. hanya mampu tersenyum... padahal dalam hati, da macam2 jenis sumpahan aku da kuarkan.

pelayan 1: wei budak ni cakap melayu la.. patutlah aku rasa pelik bila dia order air macam ni. sedap ke? aku tak pernah dengar pula orang order..

     grrrr... sedapnya dia perli aku.. da aku ni melayu.. takkan tiba2 nak cakap bangla pulak. ko da tau pelik air tu, nape buat jugak!!.. cam ne ko jawab paper b.melayu masa spm dulu. tembikai susu pun tak kenal...sememangnya ko layak mendapat title manusia yang saaaaaangaaaaatttt lurus bendul.. tahniah aku ucapkan..hadiah yang aku bakal berikan di atas pencapaian membanggakan yang telah ko pamerkan ialah bercuti di rumah sendiri selama mana yang anda mahu.. tq..





kepada encik pelayan, ini ya air yang aku order..  dalam b.melayu, minuman ini dipanggil jus tembikai susu..kalau masih tidak mengerti, bukalah kamus bergambar bahasa melayu untuk kanak2..

No comments:

Post a Comment

 

sleeping maniac Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting