4 Jun 2011

maen kejar-kejar

selama dua malam berturut-turut waktu tido ku diganggu.. huhuhu T_T.. siyes rasa cam nak angin satu badan jew.. tapi disebabkan aku mempunyai kesabaran yang tinggi, aku still mampu wat muka cool (kononnya). yela, mana bole marah-marah, kang muka cepat tua.. aku kan nak nampak muda hoho.. nanti bila da tua, tak yah susah-susah nak cucuk sana sini supaya nampak muda.. gangguan tido aku ni sume gara-gara ada kes maen kejar-kejar kat area umah aku.. adoi, nak maen kejar-kejar pun, maen la waktu siang bhai..

malam pertama


ketika aku sedang lena tido ala2 sleeping beauty gitu (walaupun aku tak cantik) di atas katil yang empuk, secara tibe2 aku tersedar dari tido secara mengejut.. terbantut aku nyer mimpi.. adoi.. bapak kuat bunyi enjin kete tu sampai aku yang tido mati nih pun leh terjaga.. plus ngan bunyi siren kete polis lagi menjadi penambah perisa.. giler ar dorang nih.. nak kasi satu kampung bangun ke bro??? mencabar kesabaran seyh.. sempat la aku maki hamun selama sesaat (sesaat je ok!!).. kemudian, aku tertido semula.. (kejap je da bole tido)..

malam kedua


masih lagi tertido ngan stail ala2 sleeping beauty yang sednag menunggu puteranya, dan masih lagi di atas katil yang sama.. masih lagi mendengar bunyi bising yang sama..cis, memang nak kena la.. baru nak mengamuk, tibe2 aku terdengar bunyi dentuman yang kuat.. tapi aku tak tahulah bunyi pe.. aku persetankan itu sume, and sambung tido semula..(memang tido mati).. patotla mak aku risokan aku.. kalo ada kebakaran pun, konpem aku wat tak tau je.. mati hangus la gua...

selepas solat subuh, aku terdengar bunyi yang agak bising kat kawasan kejiranan aku.. (well, kawasan kejiranan aku memang kepoci sikit).. baru aku tau yang bunyi dentuman aku dengar tuh sebenarnya bunyi kereta accident. terbalik seyh.. tayar kat atas.. rupe2 nya yang men kejar2 malam2 nih ialah polis and perompak.. polis tuh sedang cuba hendak menangkap perompak.. tapi tak dapat2.. bila da accident nih pun still tak dapat tangkap lagi.. giler liat nyawa perompak nih.. da accident ngan begitu teruk pun leh sihat walafiat lgi nak lari.. papepun, polis da wat keje yang terbaek!!!

polis, pulangkan waktu tido ku!!!.. uhuk..

No comments:

Post a Comment

 

sleeping maniac Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting